Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua, harap semuanya baik dan sihat dari segi rohani dan jasmaninya
Baiklah, berbalik kepada tajuk entry kali ini adalah berkenaan 1 vs 9. Anda tahu maksudnya? Anda faham apa yang saya ingin ceritakan. Pastinya tidak sebab saya pun belum memulakan langkah bicara pun lagi. ha2.
1 vs 9 ini adalah berkenaan 1 (Cina) Vs 9 (Melayu) dalam merebut sesuatu tender di dalam kerajaan. Ini kisah benar dan bukan cobaan . .. . .
Ok, diceritakan sebuah projek telah dibentangkan dan diluluskan oleh pihak kerajaan. Dan akhirnya ketika di Fasa terakhir pembinaan terdapat masalah anai-anai2 menyerang bangunan yang baharu sahaja siap beberapa minggu sebelum penyerahan projek kepada sesebuah pihak.
Lalu, mereka pun memanggil syarikat-syarikat yang mengendalikan makhluk perosak yang terdapat di Negeri tersebut. Ketika itu terdapat 9 Syarikat Melayu dan 1 Syarikat Cina. Selepas mendengar taklimat berkenaan masalah yang dihadapi mereka kembali ke pejabat untuk menyediakan kertas kerja dan sebut harga untuk mengatasi masalah tersebut.
Seminggu selepas itu, kesemua mereka dipanggil semula dan setiap wakil syarikat perlu membentangkan kertas kerja secara berasingan ( Untuk Elak Syarikat Lain Membandingkan Harga Mereka Sesama Mereka). Selepas berakhirnya sesi tersebut, 9 Syarikat Melayu menawarkan harga yang paling rendah untuk menambat hati panel projek tersebut. Manakala, syarikat Cina tersebut tetap memberikan harga yang tinggi untuk mengatasi masalah tersebut.
Kemudiannya, selepas berbincang, panel yang berada di perbentangan kertas projek tersebut telah membuat keputusan. Keputusan yang telah dibuat benar-benar mengejutkan kesemua pertanding tender tersebut. Syarikat Cina tersebut telah dipilih meskipun menawarkan harga yang tinggi berbanding mereka.
Dek kerana tidak berpuas hati, mereka pun bertanya pelbagai soalan kepada panel tersebut. Pelbagai cemuhan dan tuduhan telah diberikan kepada panel tersebut. Akhirnya, panel tersebut menyuruh wakil Syarikat Cina tersebut keluar dulu kerana ada sesi penerangan kepada kesemua 9 wakil syarikat Melayu tersebut.
Panel: Kepada pertanding tender, sila ambil kembali kertas kerja anda masing-masing di hadapan saya ini
Mereka pun mengambilnya dan ada sesetengah yang masih membebel berkenaan keputusan tersebut.
Panel: Sekarang, masing-masing sudah mendapat kerja masing-masing, sila tukar dengan orang sebelah dan baca kesemua cadangan kerja yang telah diberikan oleh setiap syarikat masing-masing.
Mereka dengan tekun membaca dan setelah habis membacanya mereka bertanya:
Pertender: Apa yang pihak panel ingin beritahu? Kesemua syarikat menawarkan kaedah yang sama iaitu 'Drilling' untuk atasi masalah tersebut dan perbezaannya adalah harga. Syarikat Cina tu pun mesti tawarkan kaedah yang sama dengan kami tetapi kenapa mereka masih dipilih walaupun harga tinggi?
Panel: Sebentar, sila lihat slide presentation mereka dan anda fikirkanlah kenapa kami pilih mereka dan bukan anda semua.
Mereka pun meneliti slide presentation syarikat tersebut dan terpinga-pinga denga kaedah yang dicadangkan oleh syarikat itu.
Panel: Memang benar anda menawarkan harga yang rendah, memang benar anda menawarkan cara yang sama. Namun bukan itu yag kami mahu. Kami mahu penyelesaian masalah tersebut walaupun harganya mahal (Kos Benefit). Lihat kaedah yang diperkenalkan oleh syarikat ini, mereka menggunakan sistem Pengumpanan/ (Baiting System) untuk mengatasi masalah tersebut.
Kaedah Drilling tidak sesuai digunakan sebab kawasan ini penuh dengan air bawah tanah dan berdekatan dengan kawasan air. Apa yang akan jadi seandainya racun yang anda sembur kedalam tanah memasuki sumber air seperti air bawah tanah atau sungai? pendduduk berdekatan akan mendapat masalah penyakit seperti Kanser, Alahan dan lain-lain. Dan kaedah ini hanyalah Pest Control, hanya berkesan selagi mana racun itu masih ada di dalam tanah tersebut. Selepas racun itu tidak aktif anai-anai akan kembali serang kembali pada masa hadapan. Ini dikenali sebagai 'Cost Wasting'. Bangunan ini juga bangunan baharu dan lantai marmar. Untuk melakukan Drilling anda perlu menebuk lubang supaya racun dapat disalurkan. Akhirnya bangunan baharu ini mempunyai lantai yang rosak ketika majlis penyerahan projek.
Drilling
Melalui kaedah Baiting, tiada tebuk lubang dan tiada semburan racun akan digunakan ketika kaedah rawatan ini diberikan. Mereka hanya perlu mengenalpasti spesies dan seandainya spesies tersebut adalah yang jenis makan umpan (Coptotermes, Schedorhinotermes, Globitermes, Microcerotermes), baru mereka akan gunakan kaedah baiting. Seandainya anai-anai itu jenis yang tidak makan umpan (Odontotermes, nausutitermes dan macrotermes),mereka akan cari busutnya dan gali untuk cari 'Ratu' anai-anai tersebut. Perkara yang paling penting dalam Pest Management untuk anai-anai adalah menguruskan koloni anai-anai itu sehingga 'Ratu' mereka mati. Hal ini kerana, yang selalu mengeluarkan telur adalah 'Ratu' anai-anai dan lebih 30, 000 telur dikeluarkan oleh ia untuk 1 hari. Seandainya 'Ratu' tersebut panjang umur, mereka boleh hidup sehingga 50 tahun, jadi untuk ketahui jumlah telur, anda semua kali lah 30, 000 X 12 X 50 =???
Baiting System
Oleh itu, yang saya ingin katakan adalah, syarikat anda tidak cuba untuk memperbahurui kaedah dan cara dalam pengurusan anai-anai ini. Bukannya pihak panel berat sebelah, namun kaedah kamu semua adalah sama, tidak berkesan dan membahayakan masyarakat sekitarnya. Lihat mereka, syarikat cina ini tidak takut berbelanja besar untuk mengaplikasikan kaedah ini dan telah melantik seorang Entemologist (Pakar Kaji Serangga) untuk mengatasi masalah ini secara berkesan dan Selamat. Mereka siap boleh bagi Money Back Guarantee seandainya msalah ini masih timbul namun pihak anda hanya sekadar bagi warranty untuk beberapa tahun, selepas itu masalah itu akan kembali semula kerana koloni anai-anai itu masih ada di bawah tanah.
Akhirnya, kesemua pertanding tender itu akui bahawa kaedah yang mereka cadangkan tidak mampu mengatasi masalah anai-anai secara berkesan tidak seperti Baiting System.
Konklusinya:
Kita . . .seandainya ingin memperoleh kepercayaan perlulah sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu dan berbeza untuk menjadi yang terbaik namun mampu mengatasi masalah tersebut secara lebih berkesan.
No comments:
Post a Comment