Sunday, 12 April 2015

AnAi-AnAi

Assalamualaikum, Apa khabar semua . . .. harap ok dan sihat semuanya. Kali ini entry saya adalah berkenaan makhluk perosak yang selalu di bicarakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia iaitu ANAI-ANAI. 

Adakah anda tahu anai-anai? Adakah anda tahu bagaimana terjadinya anai-anai? Adakah anda tahu bahawa anai-anai ini terdapat organisasinya sendiri? Seandainya anda terlibat Pest Management/COntrol pastinya anda akan jawab YA. . . .

Baiklah pertama sekali saya akan ceritakan lingkaran hidup anai-anai ye. . . . 

Anai- anai sebenarnya berasal dari KELKATU. Iaitu sejenis serangga yang kebiasaan menghurung lampu ketika cuaca ingin hujan atau redup. Tetapi kita perlu ingat, semut juga mempunyai kelkatu mereka sendiri. Jadi bagaimana ingin membezakan antara mereka ini? Senang aja dong, kita lihat pada sayapnya. Seandainya sayap kelkatu itu selari dengan badannya itu adalah KELKATU ANAI-ANAI, namun seandainya bercabang, itu semut punya bos.



Sayap kelkatu anai-anai juga sama panjang manakala kelkatu semut pendek dibawah panjang di atas (Macam plek je, ha2)



Ok . .. Merujuk kepada rajah di bawah, kita akan lihat organisasi yang telah diciptakan oleh Allah swt betapa sistematiknya mereka bekerja untuk siang dan malam.


Mereka mempunyai Ratu sebagai ketua mereka dan King sebagai teman seumur hidupnya.Mereka juga mempunyai 'Secondary Queen' yang bertindak pengganti kepada Ratu seandainya apa-apa terjadi kepadanya.

Mereka juga turut mempunyai pekerja yang menjalankan tugas samaada sebagai nurse, pencari makanan dan pengasuh. Tentera bertindak sebagai pengawal kepada koloni tersebut sekiranya terdapat ancaman yang hadir pada mereka.


Kitar Hidup Mereka . . .


Untuk memulakan atau membina satu sarang baru, Kelkatu akan keluar dari sarang lama dan terbang keluar untuk mencari pasangan. Seandainya di tempat itu terdapat seekor betina dan seekor jantan, mereka akan mencari tempat yang sesuai untuk membina koloni yang baru. Selepas itu, anak-anak mereka akan menjadi samaada askar, pekerja, kelkatu atau secondary nurse. 

Bagaimana mereka boleh tentukan siapa menjadi siapa? Ratu akan mengeluarkan arahan (Melalui hormone rasanya dah lupa, he3) untuk mengarahkan siapa yang menjadi tentera, atau yang lain-lain. King hanyalah bertugas disisi Ratu untuk melakukan pensenyawaan untuk penghasilan telur. (Queen control la ni . . .ha2). Selepas sarang itu matang, kelkatu itu akan keluar dan akan mencari tempat yang baru untuk membina koloni yang baru.

Disini ada video berkenaan ratu anai-anai, anda boleh lihat selama mana  Ratu boleh hidup dan sebanyak mana telur dihasilkan seharian.

      

He2, saya rasa setakat ini sahajalah yang saya akan kongsikan berkenaan anai-anai, selepas ini saya akan kongsikan spesies anai-anai terdapat di Malaysia dan Cara Pengurusan yang digunakan di Malaysia. Kena kasi faham satu-satu berkenaan anai-anai dahulu. TQ . . . .


Wednesday, 8 April 2015

Kisah Benar: 1 VS 9 (Teka Siapa Menang)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua, harap semuanya baik dan sihat dari segi rohani dan jasmaninya

Baiklah, berbalik kepada tajuk entry kali ini adalah berkenaan 1 vs 9. Anda tahu maksudnya? Anda faham apa yang saya ingin ceritakan. Pastinya tidak sebab saya pun belum memulakan langkah bicara pun lagi. ha2.

1 vs 9 ini adalah berkenaan 1 (Cina) Vs 9 (Melayu) dalam merebut sesuatu tender di dalam kerajaan. Ini kisah benar dan bukan cobaan . .. . . 

Ok, diceritakan sebuah projek telah dibentangkan dan diluluskan oleh pihak kerajaan. Dan akhirnya ketika di Fasa terakhir pembinaan terdapat masalah anai-anai2 menyerang bangunan yang baharu sahaja siap beberapa minggu sebelum penyerahan projek kepada sesebuah pihak.

Lalu, mereka pun memanggil syarikat-syarikat yang mengendalikan makhluk perosak yang terdapat di Negeri tersebut. Ketika itu terdapat 9 Syarikat Melayu dan 1 Syarikat Cina. Selepas mendengar taklimat berkenaan masalah yang dihadapi mereka kembali ke pejabat untuk menyediakan kertas kerja dan sebut harga untuk mengatasi masalah tersebut.

Seminggu selepas itu, kesemua mereka dipanggil semula dan setiap wakil syarikat perlu membentangkan kertas kerja secara berasingan ( Untuk Elak Syarikat Lain Membandingkan Harga Mereka Sesama Mereka). Selepas berakhirnya sesi tersebut, 9 Syarikat Melayu menawarkan harga yang paling rendah untuk menambat hati panel projek tersebut. Manakala, syarikat Cina tersebut tetap memberikan harga yang tinggi untuk mengatasi masalah tersebut.





Kemudiannya, selepas berbincang, panel yang berada di perbentangan kertas projek tersebut telah membuat keputusan. Keputusan yang telah dibuat benar-benar mengejutkan kesemua pertanding tender tersebut. Syarikat Cina tersebut telah dipilih meskipun menawarkan harga yang tinggi berbanding mereka.

Dek kerana tidak berpuas hati, mereka pun bertanya pelbagai soalan kepada panel tersebut. Pelbagai cemuhan dan tuduhan telah diberikan kepada panel tersebut. Akhirnya, panel tersebut menyuruh wakil Syarikat Cina tersebut keluar dulu kerana ada sesi penerangan kepada kesemua 9 wakil syarikat Melayu tersebut.


Panel: Kepada pertanding tender, sila ambil kembali kertas kerja anda masing-masing di hadapan saya ini

Mereka pun mengambilnya dan ada sesetengah yang masih membebel berkenaan keputusan tersebut.

Panel: Sekarang, masing-masing sudah mendapat kerja masing-masing, sila tukar dengan orang sebelah dan baca kesemua cadangan kerja yang telah diberikan oleh setiap syarikat masing-masing.

Mereka dengan tekun membaca dan setelah habis membacanya mereka bertanya:


Pertender: Apa yang pihak panel ingin beritahu? Kesemua syarikat menawarkan kaedah yang sama iaitu 'Drilling' untuk atasi masalah tersebut dan perbezaannya adalah harga. Syarikat Cina tu pun mesti tawarkan kaedah yang sama dengan kami tetapi kenapa mereka masih dipilih walaupun harga tinggi?

Panel: Sebentar, sila lihat slide presentation mereka dan anda fikirkanlah kenapa kami pilih mereka dan bukan anda semua.

Mereka pun meneliti slide presentation syarikat tersebut dan terpinga-pinga denga kaedah yang dicadangkan oleh syarikat itu.

Panel: Memang benar anda menawarkan harga yang rendah, memang benar anda menawarkan cara yang sama. Namun bukan itu yag kami mahu. Kami mahu penyelesaian masalah tersebut walaupun harganya mahal (Kos Benefit). Lihat kaedah yang diperkenalkan oleh syarikat ini, mereka menggunakan sistem Pengumpanan/ (Baiting System) untuk mengatasi masalah tersebut.

Kaedah Drilling tidak sesuai digunakan sebab kawasan ini penuh dengan air bawah tanah dan berdekatan dengan kawasan air. Apa yang akan jadi seandainya racun yang anda sembur kedalam tanah memasuki sumber air seperti air bawah tanah atau sungai? pendduduk berdekatan akan mendapat masalah penyakit seperti Kanser, Alahan dan lain-lain. Dan kaedah ini hanyalah Pest Control, hanya berkesan selagi mana racun itu masih ada di dalam tanah tersebut. Selepas racun itu tidak aktif anai-anai akan kembali serang kembali pada masa hadapan. Ini dikenali sebagai 'Cost Wasting'. Bangunan ini juga bangunan baharu dan lantai marmar. Untuk melakukan Drilling anda perlu menebuk lubang supaya racun dapat disalurkan. Akhirnya bangunan baharu ini mempunyai lantai yang rosak ketika majlis penyerahan projek.

                                                              Drilling


Melalui kaedah Baiting, tiada tebuk lubang dan tiada semburan racun akan digunakan ketika kaedah rawatan ini diberikan. Mereka hanya perlu mengenalpasti spesies dan seandainya spesies tersebut adalah yang jenis makan umpan (Coptotermes, Schedorhinotermes, Globitermes, Microcerotermes), baru mereka akan gunakan kaedah baiting. Seandainya anai-anai itu jenis yang tidak makan umpan (Odontotermes, nausutitermes dan macrotermes),mereka akan cari busutnya dan gali untuk cari 'Ratu' anai-anai tersebut.  Perkara yang paling penting dalam Pest Management untuk anai-anai adalah menguruskan koloni anai-anai itu sehingga 'Ratu' mereka mati. Hal ini kerana, yang selalu mengeluarkan telur adalah 'Ratu' anai-anai dan lebih 30, 000 telur dikeluarkan oleh ia untuk 1 hari. Seandainya 'Ratu' tersebut panjang umur, mereka boleh hidup sehingga 50 tahun, jadi untuk ketahui jumlah telur, anda semua kali lah 30, 000 X 12 X 50 =???


                                                      Baiting System



Oleh itu, yang saya ingin katakan adalah, syarikat anda tidak cuba untuk memperbahurui kaedah dan cara dalam pengurusan anai-anai ini. Bukannya pihak panel berat sebelah, namun kaedah kamu semua adalah sama, tidak berkesan dan membahayakan masyarakat sekitarnya. Lihat mereka, syarikat cina ini tidak takut berbelanja besar untuk mengaplikasikan kaedah ini dan telah melantik seorang Entemologist (Pakar Kaji Serangga) untuk mengatasi masalah ini secara berkesan dan Selamat. Mereka siap boleh bagi Money Back Guarantee seandainya msalah ini masih timbul namun pihak anda hanya sekadar bagi warranty untuk beberapa tahun, selepas itu masalah itu akan kembali semula kerana koloni anai-anai itu masih ada di bawah tanah.



Akhirnya, kesemua pertanding tender itu akui bahawa kaedah yang mereka cadangkan tidak mampu mengatasi masalah anai-anai secara berkesan tidak seperti Baiting System.



Konklusinya:



Kita . . .seandainya ingin memperoleh kepercayaan perlulah sentiasa mempelajari sesuatu yang baharu dan berbeza untuk menjadi yang terbaik namun mampu mengatasi masalah tersebut secara lebih berkesan. 



Pest Management atau Pest Control??

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ini adalah entri pertama saya dalam blog ini.

Baiklah, sebelum memulakan bicara dan memanjangkan kata-kata, saya ingin menerangkan beberapa perkara berkenaan diri ini.

Saya adalah lulusan dari UNIKL MESTECH ( Penaja Red Warrior Tu . . .) dalam bidang Penjagaan Kesihatan Persekitaran. Seandainya mahu lebih lanjut berkenaan Kursus ini, Sila Layari GOOGLE ye.He2.

Sekarang ini, Saya bertindak sebagai Business Executive Development di sebuah syarikat Pest Management di Kelantan. Syarikat berkenaan dikenali sebagai Ecogreen Pest Management (EC) Sdn. Berhad. Anda boleh layari laman web ini untuk pengetahuan lebih lanjut http://www.green2u.com.my/.


Baiklah, sekarang saya akan terangkan perbezaan Pest Control dan Pest Management. Ramai yang sudah biasa dengan perkataan Pest Control, Namun mungkin hanya sesetengah sahaja yang terbiasa dengan Pest Management.

Apakah itu Pest Control???

Ini adalah definisi saya sendiri dan bukan ciplak. Pest Control adalah salah satu cara untuk Pengawalan makhluk perosak daripada menjadi lebih teruk pada masa tersebut sahaja dan untuk jangka masa yang pendek.

Contohnya:

Anda terlihat seekor lipas sedang menari-nari dihadapan anda.Apa yang akan anda lakukan? Semestinya anda akan mengambil Ridsect atau Shieldtox untuk menjadi senjata mutlak anda dalam melawan musuh tersebut. Dan akhirnya, Sang Lipas terkapai2 dalam asap semburan dan mati.
Namun, adakah anda pasti masalah itu selesai? Anda baca penerangan Pest Management selepas ini dan anda fikirkanlah samaada cara ini relevan atau tidak.



Apakah itu Pest Management??

Pest Management adalah salah satu cara Pengurusan dan Pengawalan makhluk perosak yang dilakukan melalui pengurusan punca masalah tersebut (Tempat pembiakan, Laluan masuk, dll.) dan penyelesaian untuk pada masa panjang.

Contohnya:

Anda ternampak seekor tikus sedang berkejaran bersama rakan-rakannya dengan bahagia.Seandainya anda melakukan Pest Control pastinya anda akan mengambil perangkap tikus atau racun tikus dan letak di tempat yang sesuai. Namun, melalui Pest Management,

Pertama: Anda akan melakukan pembersihan tempat pembiakan atau sumber makanan mereka lebih dikenali sebagai Sanitation Management.

Kedua: Kenal pasti laluan utama tikus itu masuk ke dalam rumah kediaman dan tutup laluan mereka. Ini dikenali sebagai Engineering control. Kita menghalang mereka daripada masuk daripada memasuki rumah.

Ketiga: Melakukan pemantauan dalam rumah untuk memastikan tikus2 dan cucunya tidak memasuki rumah dengan meletakkan Glue trap atau trap2 jenis lain.

Keempat: Racun tikus adalah pilihan terakhir seandainya tikus bermain di kawasan luar rumah.



Terdapat 5 Prinsip dalam melakukan Pest Management dengan Jayanya.

  1. Kenalpasti Masalah.
  2. Kaji pilihan cara yang terbaik
  3. Perlaksanaan cara yang terbaik
  4. Permantauan Efisiensi Cara Tersebut.
  5. Melakukan PenambahBaikan
Justeru, anda pasti sudah dapat membezakan antara Pest Control dan Pest Management. 

Konklusinya:

  • Pest Control hanyalah penyelesaian pada masa tersebut sahaja dan pada masa hadapan masalah sama akan timbul dan mungkin lebih truk.
  • Pest Management adalah pilihan terbaik kerana Punca masalah tersebut di lakukan pada Fasa awal dalam mengatasi masalah tersebut dan pada masa hadapan masalah tersebut tidak akan datang kembali.
Contoh terakhir: he7  .. . . 

Ini adalah contoh paling senang. Sebuah kedai makan diserang tikus bertubi-tubi. Mereka memanggil Pest Control, mereka pun memasang perangkap tikus dan racun dan masalah masih hadir.

Selepas itu mereka memanggil Pest Management, mereka pun kenal pasti masalah adanya tikus sebab kedai kotor dengan sisa makanan dan sampah tidak diuruskan dengan cara yang betul. Jadi, mereka akan merangka dan menerangkan cara mereka tersebut kepada Pemilik. Selepas itu, mereka akan menutup kesemua laluan tikus tersebut disamping meminta kerjasama pemilik untuk sentiasa menjaga kebersihan kedai tersebut. Dan masalah mereka selesai . . . .

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa.