Assalamualaikum,
Sudah lama kurang berbicara, Namun tinta sudah berkata-kata. Macam Ahli satera plak,he2. Pada Post yang terdahulu saya telah terangkan apakah itu anai-anai, bagaimana mereka membiak dan macam-macam lagi.
Kali ini, saya akan berbicara berkenaan spesies anai-anai yang kebiasaannya kelihatan di Malaysia ini. Untuk pengetahuan kalian semua, Anai-anai di Malaysia ini terdapat 178 jenis dan kebanyakkannya tergolong dalam Subtranean Termite. Terdapat juga anai-anai yang dikenali anai-anai kering dan perbezaannya akan dibincangan dalam post akan datang.
Spesies anai-anai
Coptotermes spesies
Macrotermes spesies
Microcerotermes spesies
Globitermes spesies
Schedorhinotermes spesies
Microtermes spesies
Nausitermes spesies.
Odontotermes Spesies.
He2, dah macam nama-nama pokemon dan digimon plak,ha2.
Baiklah, in sahaja post saya arini . . .. . . Yeke? Ha2, x pun la, mari kita kenali ciri-ciri mereka untuk membezakan setiap spesies anai-anai ini.
Coptotermes spesies.
Ciri-ciri:
- Askar dan pekerja anai-anai bewarna putih.
- Kebiasaannya askar spesies ini agresif dan akan keluar untuk melindungi pekerjanya dari ancaman bahaya.
- Sarang terletak bawah tanah (10 meter bawah tanah)
- Spesies ini selalu dijumpai menyerang rumah dan premis lain (PALING GANAZZZ)
- AMARAN: Seandainya anda terjumpa spesies, Jangan melakukan rawatan semburan kerana mereka akan menjadi lebih GANAZ dan menyerang lebih teruk kawasan rumah anda.
Coptotermes Spesies
Macrotermes Spesies
Ciri-ciri:
- Spesies ini kebanyakkan mudah dikenali oleh masyarakat Malaysia.
- Mempunyai busut di atas tanah.
- Askarnya memiliki kepala yang lebih besar (seperti pakai Helmet) manakala pekerja besar.
- Terdapat dua jenis iaitu: Macrotermes Spesies dan Black Macrotermes.
- Jarang memasuki rumah namun seandai sudah memasuki rumah, maka kerosakan akan berlaku.
- Kebiasaannya serang tanaman dan memakan tumbuh-tumbuhan.
Black Macrotermes
Macrotermes
Busut
Microcerotermes spesies.
Ciri-ciri:
- Spesies ini kebiasaannya menyerang di bahagian atap tempat letak kereta atau bahagian syiling rumah.
- Spesies ini mempunyai askar berkepala petak.
- Kebiasaannya busut di pokok-pokok terutama pokok kelapa di bahagian Pantai Timur.
- Spesies yang paling sukar untuk dikenal pasti sebab mengambil masa untuk memaksa mereka keluar dari jalan tanah mereka.
Busut
Jalan serangan
Microcerotermes spesies.
Globitermes Spesies
Ciri-ciri:
- Askar mempunyai badan berwarna kuning (sulphur).
- Akan meletupkan diri sendiri seandainya terancam (Tentera).
- Mempunyai busut yang berbentuk kubah dan permukaan berkedut-kedut.
- Jarang menyerang rumah namun masih ada kes menyerang rumah.
Globitermes Spesies
Schedorhinotermes Spesies
Ciri-ciri:
- Spesies ini memiliki dua jenis askar iaitu Major dan Minor.
- Major askar yang besar manakala Minor yang kecil.
- Untuk kenali lebih pasti picit askarnya dan kalau berbau busuk maka betullah tu.
- Spesies ini suka menggunakan laluan anai-anai spesies lain yang telah menyerang rumah tersebut. Setelah spesies lain mati, mereka akan ambil alih.
- Busut ada cuma saiznya kecil dan sukar untuk dicari sebab seperti tanah biasa.
Schedorhinotermes species
Odontotermes Spesies
Ciri-ciri:
- Askar memiliki tanda hitam di punggungnya.
- Selalu berkongsi busut dengan Macrotermes spesies.
- Namun, ada yang busut sendiri tetapi seperti schedorhinotermes spesies, busutnya sukar untuk dicari.
- Ada kes serangan di Rumah dan Premis.
Odontotermes Spesies
Nausitermes Spesies
Ciri-ciri:
- Askar memiliki muncung seperti tajam di hadapan mulut.
- Tidak menyerang rumah.
- Makan Tumbuh-tumbuhan sahaja.
- Jalan tanah dan sarang berwarna Hitam.
Nausitermes Spesies
Ini adalah anai-anai yang biasa ditemui di Malaysia dan yang paling berbahaya adalah COPTOTERMES SPESIES. Jenis ini cepat makan dan pantas mereka merosakkan barangan dan rumah.
Ingatlah, Anai-anai adalah 'Silent Killer'. Dalam diam bumbung boleh runtuh, Litar Pintas eletrik boleh berlaku dan seterusnya membawa kepada KEBAKARAN. Mereka ini buta dan akan mengigit apa sahaja dilaluannya untuk mencari asasinya iaitu CELLULOSE. Anda tidak percaya? saksikan Video ini sehingga habis.